KANGAR – Tindakan seorang wanita berusia
30-an meminta upah RM3 setiap kali suami ingin berasmara dengannya
sejak dua bulan lalu, membawa padah apabila dia dicekik dan dibelasah
lelaki berkenaan yang tidak tahan dengan perbuatannya, kelmarin.
Dalam
kejadian jam 8 malam itu, suami mangsa berusia 30-an yang tidak
bekerja, dipercayai hilang sabar dengan tuntutan isterinya yang tidak
tinggal bersamanya sejak sebulan lalu, selain turut mengesyaki wanita
terbabit mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Lelaki itu
bertambah berang apabila isterinya tidak membenarkan telefon bimbitnya
diperiksa, lalu mencekik dan memukul mangsa yang berada di rumah ibunya
di Pauh, dekat sini.
Menurut sumber, suami mangsa yang sebelum itu
masuk ke dalam rumah menerusi pintu belakang dikatakan cuba merampas
telefon bimbit mangsa yang sedang dicaj di atas meja. - Mynewshub.my
Tu laaa...kalau rasa tak mampu nak kahwin dan pikul tanggungjawab
sebagai suami, lebih baik jangan kahwin lagi. Bina hidup dulu...lepas tu
baru kahwin...
Perkahwinan ni bukan perkara kecik...besar tanggungjawabnya. Ada yang
fikir "sedap" je, tapi lupa pada nafkah zahir yang lebih utama dan
penting...
Paling utama ialah asas didikan Islam yang kekal dalam diri...kuatkan diri dengan Islam dulu, baru fikir nak kahwin lepas tu...