blog ini khas untuk 18+ keatas shj, admin tidak akan bertanggung jawab jika ada ape2 berlaku terhadap intipati blog ini berserta komen2 dari korang semua, sendiri komen sendiri tanggung, admin juga tidak akan bertanggungjawab jika ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku yang berpunca dari blog ini berserta dengan intipati blog ini, post post dalam blog ini tidak akan ditapis dan diambil terus dari source asalnya.....harap maklum
Tuesday, 9 July 2013
PERIUK API NUKLEAR AMERIKA SYARIKAT (13 GAMBAR)
Kaboom!
Ketika Perang Dingin, kedua-dua kuasa barat dan Soviet bertungkus lumus membangunkan senjata berasaskan nuklear. Kami pernah paparkanM-65 Atomic Annie iaitu meriam artileri nuklear milik Amerika Syarikat dan juga NB-36 pesawat bertenaga nuklear juga milik USA. Hari ini mari lihat periuk api SADM yang dibangunkan oleh tentera Laut dan Marin USA pada awal 1960an.
SADM (Special Atomic Demolition Munition) ialah sebuah periuk api seberat 68 kilogram yang boleh digunakan untuk memusnahkan kapal dan infrastruktur pelabuhan milik musuh. SADM mempunyai kuasa letupan sebesar 1 Kiloton dan mempunyai saiz 60 cm tinggi dan 40 cm lebar. Kerana saiznya yang kompak, hanya dua orang komando diperlukan bagi meletakkan SADM di pelabuhan musuh. Mereka akan dihantar ke kawasan musuh dengan melakukan terjunan dari kapal terbang sebelum berenang ke sasaran mereka. SADM boleh diletukkan secara kawalan alat jauh ataupun menggunakan pemasa. Apabila diletupkan pihak tentera USA berharap kesan radiasi yang terhasil akan menutup laluan keluar dari pelabuhan musuh. Crazy stuff. Periuk api ini tidak pernah digunakan di dunia sebenar dan kami difahamkan tidak lagi disimpan di dalam inventori senjata nuklear USA.

Apabila Pemain Arsenal Bermain Gamelan
Better than dubstep.....
Subscribe to:
Posts (Atom)