Pages

Total Pageviews

Wednesday, 1 August 2012

HIDANG SUSHI ATAS BADAN WANITA YANG BOGEL....


Ini satu idea perniagaan agak eksotik oleh usahawan di Jepun dengan cara menghidangkan sushi di atas badan perempuan bogel. Aksi yang dikatakan seni ini digelar dengan nama Nyotaimori.

Apa itu Nyotaimori ?
Nyotaimori bermaksud “persembahan di atas badan wanita” atau lebih dikenali sebagai “body sushi” ini menjadi tarikan ramai pelancong Eropah yang ingin mencubanya walaupun ia adalah sesuatu yang pelik walaupun dalam budaya Jepun.
Namun seperti yang kita semua ketahui, orang Jepun sering mempunyai pelbagai idea gila dan kadangkalanya agak kotor ..
Sebelum seseorang model digunakan untuk dijadikan alas meja seperti gambar di atas, mereka ini akan dilatih untuk baring berjam-jam dan tidak bergerak sepanjang tempoh itu. Latihan pernafasan juga dilakukan.
Makanan hanya akan dihidangkan selepas model ini dimandikan dengan wangian istimewa untuk membersihkan segala kekotoran yang ada di badannya.

Idea gila ini mendapat penentangan ramai feminis yang menganggap ini adalah satu bentuk penghinaan ke atas wanita. Namun untuk pengetahuan pembaca, terdapat juga model lelaki yang digunakan untuk tujuan ini. Jika model lelaki digunakan namanya ada “Nantaimori”.
Model ini bernasib baik kerana makanan di Jepun kebanyakkan dihidangkan secara sejuk. Jika di negara kita, mungkin akan melecur seluruh badan model tersebut.