blog ini khas untuk 18+ keatas shj, admin tidak akan bertanggung jawab jika ada ape2 berlaku terhadap intipati blog ini berserta komen2 dari korang semua, sendiri komen sendiri tanggung, admin juga tidak akan bertanggungjawab jika ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku yang berpunca dari blog ini berserta dengan intipati blog ini, post post dalam blog ini tidak akan ditapis dan diambil terus dari source asalnya.....harap maklum
Thursday, 27 June 2013
Tuesday, 25 June 2013
Kesedapan dan kenikmatan parti buih
Anda seorang remaja Melayu Islam yang tak suka belajar dan tidak peduli dengan pelajaran? Anda seorang pelajar tingkatan 5 yang nak ambil SPM tahun ni dan perlu mencari aktiviti penuh maksiat untuk menghilangkan stress dan tekanan? Anda seorang yang suka berpeleseran, sukakan hiburan dan nikmat duniawi berbanding mencari bekalan akhirat? Dan yang paling penting, anda suka mandi buih di dalam kolam campuran lelaki perempuan sambil mabuk dengan air kencing shaiton??? Jika ya, berpesta di parti buih adalah pilihan yang tepat!
Pilihan tepat parti buih kepala hotak ko! Nak mandi sangat dengan buih tuang 1 botol shower foam dalam besen lepas tu rendam la kat dalam tu, nak bogel pun takpe takde orang peduli. Mana2 yang dah ada bini tu ajak dia mandi buih sekali kat bilik air pun syok. Tak pun pergi snow car wash kat mana2, suruh tukang cuci kereta tu sembur buih kat badan ko.
Pilihan tepat parti buih kepala hotak ko! Nak mandi sangat dengan buih tuang 1 botol shower foam dalam besen lepas tu rendam la kat dalam tu, nak bogel pun takpe takde orang peduli. Mana2 yang dah ada bini tu ajak dia mandi buih sekali kat bilik air pun syok. Tak pun pergi snow car wash kat mana2, suruh tukang cuci kereta tu sembur buih kat badan ko.
M249 SAW (Squad Automatic Weapon)
M249 SAW (Squad Automatic Weapon) ialah mesingan yang dikeluarkan direka oleh syarikan Fabrique Nationale yang berasal dari Belgium. Mesingan ringan ini digunakan bagi supression weapon di dalan sebuah platun askar. Biasanya M249 dipegang seperti mesingan lain dan ditembak sama ada aras bahu ataupun berbaring dengan menggunakn bipod. Pihak Knights Armamentmelakukan modifikasi terhadap rekaan M249 dan hasilnya ialah ChainSAW. Tempat pemegang M249 digantikan dengan dua pemegang gergaji bermotor. Menurut Knights Armament ini memudahkan pengendali menembak dari aras pinggang. Seems legit! Ini ialah senjata yang harus dimilik jika World War Z menjadi realiti!


Sunday, 23 June 2013
ulek mayang diulek
Anda sudah tentu pernah dengar lagu tradisi Negeri Terengganu, Ulek Mayang. Lagu Ulek Mayang yang bermula sebagai kaedah perubatan tradisional menjadi identiti Terengganu kerana menjadi amalan masyarakat Melayu lama sejak beratus tahun lalu. Namun amalan itu dikatakan amalan khurafat kerana menggunakan khidmat makhluk halus atau pun jin dalam mengubati seseorang pesakit.
Sekarang Ulek Mayang hanya dikaitkan sebagai persembahan kesenian tradisional yang masih aktif berkembang beberapa lokasi di Terengganu seperti Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang. Dipercayai Mayang Pinang membangkitkan semangat. Ketika persembahan ini berlangsung pemain diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan yang lain. Persembahan ini dimainkan secara beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah. Tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini.
Persembahan dan Tarian Ulek Mayang
Kini, Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa mencampur adukkan unsur khurafat dalam bacaan mantera. Malah, persembahan hanya berlangsung 10 minit berbanding antara 20 hingga 30 minit.
Ulek Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati seorang lelaki yang terkena sampuk. Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum seorang daripada mereka terkena sampuk.
Sejarah Ulek Mayang
Mengikut catatan sejarah, tujuh puteri itu berasal dari Bukit Puteri yang sentiasa menjadi tumpuan orang kampung untuk meminta bantuan mengubati orang sakit melalui jampi, seru dan mantera. Ulek Mayang yang ada pada hari ini sudah mengalami perubahan termasuk menghapuskan unsur khurafat.
Kini, persembahan Ulek Mayang yang dimainkan sekadar untuk suka-suka saja, di mana ia melambangkan suatu pemujaan mendalam terhadap Tuan Puteri Tujuh beradik. Persembahan dimulakan dengan membaca doa dan membangkitkan asal Mayang. Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu.
Doa dan ‘bangkitan’ dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan.
7.1 Mantera Ulit Mayang
Aku tahu asal usulmu,
Seri Bersila nama asalmu,
Seri Berdiri nama batangmu,
Seri hidup asal usulmu,
Seri Menempak nama daunmu,
Seri Guntur nama bungamu,
Seri Gintir nama buahmu.
Subscribe to:
Posts (Atom)

