Laporan asal RocketNews
blog ini khas untuk 18+ keatas shj, admin tidak akan bertanggung jawab jika ada ape2 berlaku terhadap intipati blog ini berserta komen2 dari korang semua, sendiri komen sendiri tanggung, admin juga tidak akan bertanggungjawab jika ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku yang berpunca dari blog ini berserta dengan intipati blog ini, post post dalam blog ini tidak akan ditapis dan diambil terus dari source asalnya.....harap maklum
Wednesday, 12 June 2013
BAS ANGKASA LEPAS YANG COOL
Biasanya bas ialah pengangkutan awam yang paling bosan yang boleh anda naiki. Kalau pergi melancong dan naik bas persiaran perjalanan jadi bosan kerana terlalu lama, tak ada aktiviti menarik dan pemandu pelancong yang tidak informatif. Star Fighter Tour ialah idea bernas Willer Express yang berpengkalan di Jepun yang pastinya akan mengubah semua ini. Star Fighter tour menggunakan bas yang mempunyai hiasan dalaman seperti sebuah kapal angkasa. Sepanjang perjalanan dari satu destinas ke destinasi yang lain anda akan merasakan anda sedang mengembara di angkasa lepas. The cool bit is bas ini tidak mempunyai tingkap dan jika anda melihat keluar anda akan melihat angkasa lepas yang dipaparkan pada skrin LCD. Penumpang juga boleh bermain permainan video yang dikawal megggunakan kayu ria. Star Fighter tour mempunyai beberapa pakej seperti melawat Tsukuba Space Center dan National Museum of Emerging Science and Innovation. Jadi perjalanan ke muzium angkasa lepas ini pastinya lebih seronok dengan menaiki bas yang memberikan ilusi anda mengembara di dalam kapal angkasa! Genius! Cool beans! Tambang menaiki Star Fighter Tour ialah diantara RM 73 sehingga RM 254 seorang bergantung kepada destinasi yang dipilih anda.
Laporan asal RocketNews
Laporan asal RocketNews
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment